Kebelakangan ramai yang ‘tersangkut’ dalam kerjaya IT support. Ada yang sudah 8-10 tahun kerja dalam IT Support, tapi masih lagi memohon jawatan yang sama. Mungkin bagi sesetengah orang ada sebab tersendiri, tapi secara peribadi, kerjaya IT Support memang sangat mudah untuk dijadikan sebagai kerja pertama dalam bidang IT terutamanya untuk yang baru sahaja bergraduasi.
Tapi jika anda sudah 2 atau 3 tahun berada dalam bidang IT Support, saya percaya anda patut dan boleh buat lebih baik dan dapat ganjaran yang lebih baik. Cuma anda perlu tahu bagaimana untuk pecahkan tembok kerjaya tersebut dan maju ke peringkat seterusnya dengan cara meneroka, mencuba, belajar dan praktis kemahiran-kemahiran baru yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran kerjaya IT.
Antara kerjaya yang mendapat permintaan tinggi dalam bidang IT sekarang ni adalah Cloud Engineer. Bukalah mana-mana portal kerjaya, macam pisang goreng permintaannya. Anda juga akan jumpa posisi kerjaya bernama DevOps engineer ketika anda mencari Cloud Engineer dan tawaran gaji yang diberikan kebiasaanya lebih tinggi. Ini kerana kedua-duanya ada persamaan iaitu bekerja dengan Cloud Computing - Perkomputeran Awan. Jadi mahirkan diri sebagai Cloud Engineer, inshaAllah mudah untuk anda upgrade ke DevOps Engineer.
APA ITU CLOUD ENGINEER?
Cloud Engineer adalah professional IT yang bertanggungjawab membuat perancangan, melaksanakan dan menyelenggara sistem dan infrastruktur pengkomputeran awan dalam sesebuah organisasi. Peranan utama mereka adalah menggunakan dan memanfaatkan teknologi cloud untuk mengoptimumkan pengunaan infrastruktur IT, sistem, servis dan aplikasi dalam sesebuah organisasi.
Cloud Enginer juga menguruskan infrastruktur IT seperti rangkaian(network), pelayan(server) dan aplikasi secara maya kerana segalanya beroperasi di cloud. Anda cuma perlukan komputer dan internet untuk melaksanakan tugasan anda.
Syarikat apa yang menggunakan teknologi cloud ni ? Banyak sebenarnya. Antaranya seperti Shopee, Lazada, Grab, Food Panda & TnG.
BERAPA GAJI CLOUD ENGINEER?
Sama seperti pekerjaan lain, ianya bergantung. Bergantung kepada kemahiran & pengetahuan yang anda miliki, skop tugasan kerja, saiz syarikat yang anda bekerja dan juga kadangkala jumlah gaji yang ditawarkan mengikut kadar gaji anda sekarang - melainkan anda boleh yakinkan syarikat bahawa anda memang betul-betul berkemahiran dan layak untuk mendapat jumlah bayaran gaji yang sepatutnya. Secara purata, gaji Cloud Engineer adalah dalam lingkungan RM7k ke RM15k. Ia boleh juga naik sehingga RM20k kalau anda memang betul-betul berkemahiran.
BAGAIMANA UNTUK JADI CLOUD ENGINEER?
Secara asasnya ada beberapa pengetahuan, kemahiran dan teknologi yang hang anda perlu tahu. Sekurang-kurangnya anda tahu yang asas, kemudian dari semasa ke semasa, anda tambah baik penegtahuan dan kemahiran anda. Apakah kemahiran tersebut ?
Operating System
1) Linux (RHEL based & Ubuntu) - Wajib tahu
2) Windows
Cloud providers
1) Amazon AWS
2) Microsoft Azure
3) Google Cloud Platform
Networking
1) TCP/IP
2) Routing
3) Subnet
4) VPN
5) NAT
6) Gateway
7) Load Balancer
Web services & API
1) Nginx
2) Apache
3) API Gateway
Database
1) MySQL
2) PostgreSQL
2) MongoDB
Programming (scripting)
1) Bash
2) Python
3) Perl
4) Ruby
Security
1) OpenSSL
2) SSL certificate
3) Firewall
4) WAF
5) Secret key
Infrastructure-as-Code
1) Terraform (multi cloud)
2) Ansible
3) Puppet
Network Monitoring System
1) Zabbix
2) Nagios
3) Prometheus
4) Datadog
5) Splunk
Git Repo
1) Github
2) Gitlab
3) Bitbucket
CI/CD
1) Jenkins
2) Jenkins X
3) Github Action
4) Gitlab CI/CD
5) Circle CI
6) Argo CD
Container
1)Docker
2)Kubernetes(Orchestration tool)
DNS
1) Cloudflare
2) Route53
3) DNS Made Easy
Storage
1) Block storage
2) Object storage
3) Storage tier
Backup & Restoration
1) Recovery Time Objective
2) Recovery Point Objective
Migration
1) Lift and Shift
2) Refactor
3) Replatform
Virtualization
1) Hypervisor Type 1 & Type 2
2) Hyper-converged Infrastructure
DevOps
1) Methodology
2) Process & Framework
3) Automation
4) Tooling
Untuk semua kemahiran yang di nyatakan di atas, anda tidak perlu tahu secara mendalam untuk permulaan. Tetapi jika anda mampu untuk menguasainya, sudah tentu itu lebih baik untuk kerjaya anda. Cumanya yang paling penting, anda perlu kuasai Linux dan juga Networking.
APA CERTIFICATE YANG DIPERLUKAN UNTUK JADI CLOUD ENGINEER?
Pada pandangan dan pengalaman peribadi saya, ianya tidak wajib untuk anda mempunyai sebarang sijil berkaitan dengan Cloud untuk menjadi seorang Cloud Engineer, kerana saya sendiri tidak mempunyai sebarang sijil berkenaan IT terutama Cloud ketika ditawarkan sebagai Cloud Engineer di sebuah syarikat luar negara. Ketika itu saya cuma berbekalkan sedikit ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga doa untuk mendapatkan kerja sebagai Cloud Engineer.
Namun begitu, ianya menjadi satu markah tambahan sekiranya anda mempunyai sijil berkenaan Cloud. Sebagai contoh, sijil-sijil professional daripada Amazon AWS, Microsoft Azure dan Juga Google Cloud Platform. Ia membantu memudahkan anda dipanggil untuk temuduga, namun ia tidak menjamin anda mendapat pekerjaan tersebut. Ia tetap bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran anda tentang Cloud Computing dan juga bagaimana anda menghadapi temuduga tersebut.
Untuk ‘upgrade’ pengetahuan dan kemahiran, anda boleh laburkan sedikit wang untuk menyediakan persekitaran dan infrastruktur untuk anda belajar dan praktis iaitu Homelab ataupun Cloudlab. Kedua-dua ini sangat membantu saya dalam meningkatkan kemahiran dengan lebih cepat dan mendapatkan pekerjaan sebagai Cloud Engineer tanpa sebarang sijil berkenaan IT. Anda juga boleh menghadiri pelbagai kursus yang ditawarkan samada percuma mahupun berbayar.
Saya faham, mungkin agak sukar untuk terus lompat kerjaya daripada IT Support ke Cloud Engineer. Namun anda boleh ambil selangkah demi selangkah daripada IT Support, menjadi System Administrator, kemudian menjadi System Engineer, kemudian menjadi Cloud Engineer. Selepas Cloud Engineer, mudah untuk anda menjadi DevOps Engineer.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!
Assalamualaikum Bro, saya mmg betul2 berminat dalam bidang cloud ni, baru dapat AWS cloud practitioner certificate. Tapi certificate yg ni mcm tak laku sngat pon untuk dapat kerja. Bro ade ape2 nasihat tak nk bg untuk senang nak dapat kerja. Saya bnyak belajar guna hands on lab. Tapi kalau tak dapat nak praktikkan dlam real life pon susah jugak. Terima Kasih.