Zsh + Oh MyZSH = Terminal Padu!
Bash merupakan terminal shell paling popular dalam Linux. Ia adalah singkatan bagi Bourne Again Shell dan digunakan untuk taip arahan, bina dan jalankan script untuk automation dan juga untuk buat konfigurasi sistem pengoperasian melalui command line.
Terdapat beberapa alternatif bagi Bash dan antara yang terkenal adalah Zsh. Ia adalah singkatan bagi Z Shell dan digunakan secara default dalam sistem pengoperasian MacOS. Ia merupakan terminal shell yang agak moden dan mempunyai lebih banyak ciri yang menarik seperti fungsi autocomplete yang lebih baik dan juga pelbagai customization boleh dibuat.
Kalau anda nak jadikan Zsh lebih berkuasa, anda boleh pasangkan sebuah framework Zsh yang agak terkenal iaitu Oh My Zsh.
Oh my Zsh membolehkan anda memasang theme pada Zsh dan juga plugin yang membolehkan anda menambah bermacam-macam fungsi yang bagus pada terminal anda.
Sebagai contoh, anda boleh paparkan path dimana anda sedang berada ketika anda membuat navigasi dalam sistem pengoperasian MacOs atau Linux melalui terminal, dan anda juga boleh mengetahui apa branch yang anda sedang gunakan sekarang ketika anda berada dalam folder git.
Ini sangat memudahkan kerja seharian sebagai programmer atau juga mereka yang terlibat dengan konfigurasi sistem pengoperasian Linux seperti SysAdmin, Cloud Engineer, DevOps engineer dan sebagainya.
#NotaInfra